Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Name Tags
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Name Tags



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 29-Nov-2008 15:00
ALUMNI KAKI BUKIT SECONDARY SCHOOL 2008
Hari ini adalah detik bersejarah kepada semua yg hadir di Jamiyah Lor 12. Inilah kali pertama kami megadakan majlis perjumpaan Sekolah Menengah Kaki Bukit semenjak meninggalkan bangku sekolah pada tahun 1981. Sambutan amat menggalakkan hampir 100 orang hadir di majlis tersebut.

Kami menjemput Mantan Pengetua Sekolah Hj Md Yusof Zuhri, dan 3 lagi guru, Cikgu Abu, Ahmad dan Shamsiah. Walaupun mereka tidak mengenali kami namun kami murid-murid tidak lupa akan jasa guru-guru kami.

Kami begitu gembira bertemu dengan rakan-rakan yang telah berpisah 27 tahun yang lalu.Kerna wajah dan perwatakan sudah berubah maka kami membuatkan "NAME TAG" untuk semua yg hadir untuk dikenali.

Walau pun acara hanya 3 jam setengah namun ia meninggalkan kenangan manis yang amat mendalam yang tidak akan kami lupakan terutama mantan pengetua sekolah kami kerna inilah kali pertama dia dijemput untuk kemajlis sebegini.

Pelawak Alias Kadir menjadi MC pada majlis ini. Dia telah membuat acara kami begitu ceria dan amat kelakar sekali dengan gelagatnya. Pendek kata semua terhibur.

Maklum balas dari rakan-rakan amat memberangsangkan. Ada yg menyuruh kami membuat acara ini acara tahunan. Terima kasih kepada mereka yang memberi maklum balas ini.

Padahal mereka tidak tahu, betapa penatnya ahli jawatan kuasa berkerja bertungkus-lumus untuk memajukan majlis tersebut. Persiapan hanya 3 bulan sahaja. Kami berjumpa hampir seminggu sekali diwaktu malam tidak kira di kedai kopi atau dirumah teman. Setiap bertemu pulang rumah paling awal 1 pagi. Yang lebih teruknya ialah bila sudah dekat dengan hari majlis, ada di antara kami pulang jam 3-5 pagi. Bayangkanlah, kami terpaksa "meninggalkan famili" untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. APAKAH KAMI JAWATAN KUASA DI BAYAR GAJI? TIDAAKKKKK. Kami hanya sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan majlis ini.

Saya berasa terhutang budi kepada semua jawatan kuasa yang ada. Tanpa mereka majlis ini tidak akan wujud. Dengan adanya pertemuan ini. kami seperti sebuah keluarga. Diharapkan kita masih lagi dapat bertemu atau menghubungi antara satu dengan lain InsyaAllah.

MEJA VIP terdiri dari Kiri Cikgu Shamsiah, Guest of Honour Pengetua Sekolah Tuan Hj Mohamed Yusof Zuhri, saya, Cikgu Abu dan Cikgu Ahmad

Inilah Jawatan kuasa yang telah berkerja keras untuk memajukan Majlis ini.



Inilah barang-barang yang ada di dalam GOODIE BAG


* http://www.youtube.com/watch?v=pc-WLhv5VA4

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.